VIDEO
VIDEO
Episod ini bermula dengan kad tajuk di mana Mei Mei berkata "nama saya Mei Mei. Ini cerita kami semua" dalam bahasa Cina. Upin, Ipin, Ehsan dan Fizi sedang menyepak bulu tangkis di taman. Jarjit datang dengan raket badmintonnya lalu memukul bulu tangkis tersebut. Ehsan memberitahu Jarjit bahawa mereka bukannya sedang bermain badminton. Jarjit kecewa lalu beredar. Ehsan, Fizi & Ipin ketawa terbahak-bahak apabila Upin mempelawa mereka untuk terus bermain kerana bulu tangkis itu kini tergantung di rambut Upin. Apabila tiba giliran Fizi, Mei Mei datang menyapa mereka lalu Fizi tidak sempat menyepak bulu tangkis. Mei Mei datang dengan sekotak limau untuk dikongsi dengan kawan-kawan. Mei Mei menjemput kawan-kawan untuk datang ke rumahnya pada hari ke-2 Tahun Baru Cina. Mei Mei memberitahu kawan-kawan bahawa dia akan ke rumah neneknya untuk makan besar. Mei Mei paling suka makan Yee Sang semasa makan besar. Di dalam bayangan Mei Mei semasa dia sedang makan besar, turut kelihatan seorang budak lelaki (Mail versi Cina yang menjual itik goreng/bakar) yang muncul dalam episod Bulan Hantu kini duduk semeja dengan Mei Mei. Ini mungkin bermaksud dia adalah saudara Mei Mei. Mei Mei memberitahu bahawa Yee Sang itu ialah makan yang ‘ong’. Mei Mei beredar sambil menyanyikan lagu Tahun Baru Cina.